RENUNG-RENUNGKAN

Ahad, 6 Disember 2009

KISAH AJAL SEORANG LELAKI

Pesan orang tua-tua maut jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Tapi manusia ini macam-macam perangai, ada juga yang 'bingung' dan suka mencari maut, misalnya...




Suatu petang pada 1883, Henry Ziegland yang sedang berehat di rumahnya di Honey Grove, Texas, Amerika Syarikat telah diserang oleh abang bekas kekasihnya. Lelaki tersebut meluru ke arah Ziegland dan..BANGGG! dia melepaskan tembakan. Ziegland tumbang, mukanya dipenuhi darah. Penyerangnya itu kemudian membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.



Selepas hening beberapa ketika, Ziegland tiba-tiba bangun. Rupa-rupanya dia cuma cedera ringan. Peluru tersebut hanya mengguris muka Ziegland kemudian menyasar ke pangkal sebatang pokok di belakangnya.



Lebih 30 tahun berlalu dan pada 1913, pokok berkenaan kini terlalu besar dan tinggi. Ia perlu ditumbangkan kerana menyesakkan halaman rumah Ziegland. Sebiji dinamit diikat pada pangkalnya dan...



DDAAAMM!! Satu letupan kuat kedengaran. Tiba-tiba peluru yang telah tiga dekad terbenam dalam batang pokok berkenaan terpelanting ke arah Ziegland. Dia rebah ke tanah dengan sebutir peluru-yang sepatutnya membunuhnya 30 tahun lalu- terbenam dikepala!

4 ulasan:

UNAI berkata...

wui!!! bahaya ni kalo dok dkt2 pokok yang nak ditebang!! masalhnyer, bukan kena hempap dgn pokok!!

Shahrul Anuar berkata...

Tu lah.. dah ajal kan.. apapun terima kasih kerana sudi join blog saya ni.

UNAI berkata...

hehe....sama2 kita memeriahkan blog kengkawan.... kalo bukan kwn terdekat,siapa lai... tuan lak msuk blog saya tak komen aper2 pun.... sob2..

Shahrul Anuar berkata...

Memang dah masuk, nanti saya komen, lani tengah dok pening nak upgrade blog saya. Tak jadi-jadi lagi ni hihii..

Siapa Aku??

Foto saya
Silalah klik (Lihat profil lengkap saya)