Santai

Ahad, 10 Januari 2010

Salam buat semua, Selamat Tahun Baru (hehehe... tak lambat lagi nak ucapkan rasnya,..) Oklah, agak lama juga rasanya aku tak update blog kesayangan aku ni. Bukan apa, biasalah.. awal2 tahun ni keje kena lebih sikit. Tu yg tak sempat tu. So, tanpa memanjang celoteh aku di pagi ahad ni, di sini ada aku ada hidangkan korang semua dengan fakta dunia yang aku korek dari internet, diharapkan ianya menjadi sumber maklumat untuk korang semua. Jadi, inilah fakta yg aku korek tu.

Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk
ruang iklan.
0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.
Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota
London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
Bolivia ada dua ibu negara.
Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km
Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan
Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia
Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"
Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu.
Adakalanya sehingga 6 inci.
Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.
Komen bapakaiman : lagu kebangsaan Malaysia ada satu versi, tapi ada macam-macam
rentak
Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia
Komen bapakaiman : Orang Malaysia lagi hebat, paling banyak makan belacan di dunia
Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.
Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda 'Ketinggalan Keretapi?
Menyumpah tidak membantu'
Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.



Pagi Sabtu

Sabtu, 26 Disember 2009

Salam Semua,
Sempena Pagi Sabtu ni, sambil-sambil korang semua berehat-rehat tu, aku menjemput korang semua untuk menjamah sumber yang aku perolehi ini. Kesahihan fakta ini aku letakkan kepada semua pengunjung yang bijak pandai untuk memutuskannya sendiri.

FAKTA MENARIK alam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan.


Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.

Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Sinar Jumaat

Jumaat, 25 Disember 2009
Salam Semua.. Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, bersama ini aku sisipkan 2 buah kisah untuk kita sama-sama baca dan hayati bersama. Semoga ianya dapat memberi ilham dan pengajaran kepada diri kita insyaallah.


 "Keagungan perjalanan Nabi Muhammad SAW
Nabi Musa as. datang sendiri kepada Allah untuk munajat kepada-Nya. Namun Nabi Muhammad SAW munajatnya kepada Allah dijemput oleh Malaikat Jibril. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)
Ketika Nabi Musa as. munajat kepada Allah, ia diperintahkan agar menanggalkan alas kakinya. Sebagaimana tercantum dalam firman Allah dalam surah Thaha ayat 12 bermaksud: “Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa.” Sedangkan kepada Nabi Muhammad SAW Allah berfirman: “Janganlah kamu tanggalkan kedua alas kakimu.”
Peristiwa ini sebagaimana diriwayatkan, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pada malam aku dimikrajkan, aku ingin membuka kedua alas kakiku, namun tiba-tiba terdengar suara: “Janganlah engkau tanggalkan kedua alas kakimu, hai Muhammad, agar Arsy dan kursi mendapatkan kehormatan berada di bawah alas kakimu itu. Aku berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah berkata kepada saudaraku Musa, Tanggalkanlah kedua alas kakimu, kerana engkau berada tempat yang suci, Thuwa? Allah SWT menjawab: Dekatlah kepada-Ku Wahai Abalqosim, dekatlah kepada-Ku Wahai Ahmad!, engkau tidak sama dengan Musa. Musa adalah kalam-Ku, sedangkan engkau adalah kekasih-Ku. Kalam tidaklah sama dengan kekasih.”"


Kisah Seekor Burung Pipit

Apabila datang musim kemarau, seekor Burung Pipit mula merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada persekitarannya yang dikatakan tidak bersahabat.
Ia pun memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang kononnya, udaranya sentiasa dingin dan sejuk. Ia pun terbang ke daerah utara. Benar, perlahan-lahan ia mula merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk. Ia semakin bersemangat terbang ke arah utara lagi.
Kerana teruja, burung pipit itu tidak merasakan sayapnya yang mula bersalut salji, semakin lama semakin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya terbungkus salji. Sampai ke tanah, salji yang menempel di sayapnya bertambah tebal. Si burung pipit tidak mampu berbuat apa-apa, dan berasakan riwayatnya telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.
Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan melalui kawasan itu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa kerana yang datang hanyalah seekor Kerbau. Ia mengherdik si Kerbau agar menjauhinya dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tidak mungkin mampu berbuat apa-apa untuk membantunya.
Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat di atas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki hamun si Kerbau. Si Kerbau hanya berdiam diri, maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Langsung si Burung tidak mampu berkata-kata lagi kerana dirinya sudah tertimbun kotoran si kerbau. Si Burung pipit mula menganggap ajalnya semakin hampir dan ia akan mati tidak lama lagi kerana tidak mampu bernafas.
Namun perlahan-lahan, ia berasakan kehangatan. Salji yang membeku pada bulunya mulai cair disebabkan hangatnya tahi kerbau itu. Ia kembali dapat bernafas dengan lega dan melihat
langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi-nyanyi keriangan.
Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampirinya, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih menempel pada bulu si burung. Apabila bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia menganggap telah mendapat teman yang ramah dan baik hati. Namun keriangannya tidak lama...dunianya kemudian terasa gelap gelita ditelan oleh si Kucing. Maka tamatlah riwayat si Burung Pipit.


KENANGAN MUNCUL LAGI

Khamis, 17 Disember 2009

Salam semua...
hari ni aku nak cerita pasal kawan lama lagi, lebihkurang jam 2 pagi aku buka FB aku sambil intai-intai kalau ada perkembangan terbaru. Sedang aku asyik mengintai-intai tu, tiba-tiba aja aku tengok kawan sekolah aku dulu Bashariah tengah online dalam ruangan sembang tu. aku pun klik la kat nama dia.. tp tak jadi nak tegur.
Pastu aku klik pula kat gambar foziah, nak tgk album dia. Ada salah satu gambar tu adalah gambar masa di tingkatan 5 sains 1 di Sekolah Menengah Dato'Hj Hussien. Tapi dalam gambar tu aku dah tak masuk sebab aku dah tukar sekolah ke AFATS. Dalam banyak2 komen tu aku terbaca Bashariah ada bagi komen lebihkurang macam ni "jomla buat reunion... Ita Mat Sengap, Aziun, Kamil Sha ada contact. Add la ita.. dia ada FB" Bila aku terbaca jer nama-nama yg Bashariah sebut tu, tiba-tiba aku menjadi terpanggil untuk mengesan mereka. Aku pun tanyala kat Basha pasal Ita, tanya punya tanya, dapat juga aku jumpa Ita dalam FB tu. Secara kebetulan pula dia pun tengah online.. Subhanallah... sekali lagi rindu pada zaman persekolahan dulu seperti merasuk ke dalam jiwaku..
Aku pun belek2 album dia.. ternyata.. dia masih cun (jangan marah Ita hehehe..) macam dulu. Dah berkeluarga dan dikurniakan 3 org cahayamata bersama suami tercinta.. memang banyak kemajuan aku tengok pada dirinya.. dah sampai Australia.. Maldives.. Mekah pun.. Respek la ita.. Wa caya sama lu..
Sempat juga aku berbual dengan Ita.. dalam perbualan tu terkeluarlah beberapa nama classmate kami dulu.. dan dalam masa yang sama, terkenang kembali classmate aku dulu, sekolah rendah seperti  Mohd Zaki Safiran (Anak Cikgu Safiran, guru Bahasa Inggeriss) Intan (anak Cikgu Zaili, guru kelas kami), Ahmad Nazaruddin (Anak Tok Imam Zainol), Nazarudin Mat Rasid, Samsul Shariff, Azudin, Azlina, Noraniza Basuni, Shahrom (Anak Pak Said), Zainal Abidin, Arwah Suraya, Ita, Foziah, Basha, Amir Mat Yulan (My best friend aku dulu), dan rasanya ramai lagi yg aku tak ingat.. Masuk zaman sekolah menengah pula.. teringat pula aku pada Norsham Idris (Deris Ayam), Amir (Remy), Samsul, Fauzee (Jang), Ahmad Nazaruddin, Razali, Rosli Taib, Shahizan (last aku jumpa dia Sjn dalam Army), Azudin, Kamil, Maimoon, Nurhisham (anak staf forest) Kamaruzzaman, ishh.. ramai lagi..
Pada masa tu lah macam-macam perasaan yang bercampur datang dalam diriku, seronok ada, sedih ada, rindu ada.. macam-macam adaa.. (macam Iklan Astro pula heheheh..) Jadi sebagai fasa pertama aku dan Ita dah sepakat untuk listkan nama-nama classmate kami dulu.. untuk buat reunion. Ya!!! kami akan buat reunion. Itulah bentak kata hatiku..
Jadi, kepada semua classmate aku yang terbaca nama mereka atau kenal dengan nama-nama yang aku sebut tadi tu, silalah berhubung dengan aku. Semoga kita dapat berkumpul atau pun tahu perkembangan masing-masing insyaallah...

Pembasah Gusi

Sabtu, 12 Disember 2009
Salam semua.. selamat beristirehat kepada yang bercuti di hari Sabtu ini. Ok lah, sempena hari cuti ni, sambil rehat-rehat aku nak jamu kat korang dengan kisah lucu yang aku ambil dari salah satu blog kat dalam internet tu. Sebelum tu, yang mana tengah makan tu, aku nasihatkan telan bagi habis masuk dalam perut dulu. Bukan apa takut bersembur kena org sebelah. Nanti tak pasal-pasal je jadi rusuhan hehehehe.. ok jom hayati cerita ni.

SIAPA HEBAT
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".


KANTOI
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya... Ya... Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna

SALAH DIAL
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

SEMANGKUK KACANG
Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,
"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

LAMPU TRAFIK DAN ABANG AKU

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"

Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".
Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
Nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

Muhasabah Diri

Jumaat, 11 Disember 2009



Salam semua.... Sempena hari Jumaat iaitu Penghulu segala hari ini, aku ingin berkongsi dengan korang semua catatan yang aku perolehi dari internet ini agar ianya dapat memberi keinsafan kepada diri aku sendiri dan juga korang semua. Ikutilah maklumat yang di bawah ini.. semoga kita semua mendapat keberkatan olehNya insyaallah..



10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.


Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan



Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran.
Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gementar ketakutan.
Seorang di antara mereka bertanya: “Alamat apakah ini?” Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
“Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”

Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.
Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi.

Sekian sahaja catatan aku untuk ruangan Muhasabah Diri ini semoga ianya memberi kesedaran sesama kita hendaknya. Insyaallah

Ooo.. Baru Aku Tahu

Rabu, 9 Disember 2009
Kopi ,teh , minuman soda ternyata dapat menyebabkan tubuh kehilangan banyak kandungan kalsium di bandingkan dengan orang - orang yang
jarang minum kopi ,teh atau minuman soda...!?


Mulut kita dalam satu hari dapat menghasilkan air liur sebanyak satu (1) liter.

Siapa Aku??

Foto saya
Silalah klik (Lihat profil lengkap saya)